Pages

Saturday, 28 July 2012

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain. 

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Jika Hati Kamu Lembut, Menangislah..


Sahabat..
Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan  manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.


_cahaya ketenangan_

ramadhan .. :D

time2 ramadhan nie.. ada pantun..
hehehhe.. :)

pendek je..



Fish itu Ikan,
Time itu Masa,
Jangan curi makan,
Ini bulan Puasa...

_ چهاي کتنڠن _
Wahai manusia .


~ Sewaktu kw dilahirkan, kw mnangis dan smua Org d skeliling muu ketawa mnyambut khadiranmu . Jalanilah hidup mu dgn baik supaya bila nnti kw pergi dri dunia ini kw trsenyum dan Org2x d skeliling mu mnangis mnghantar pemergianmu .


_cahaya ketenangan_

muhasabah diri .. :)

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?”


Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: “Kerana dosaku terlalu banyak.
ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat.”



_cahaya ketenangan_

pantun2.. :D





Pulau Pandan So Far Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Triple,
Benda Mungkar Together Kita Cegah,
Dosa Maksiat Jangan Ambil Simple.
Buah Cempedak Outside The Pagar,
Take The Galah Tolong Jolokkan,
Larangan Agama Dont Dilanggar,
Pesan Ulamak Dont Di Momokkan.
Two Three Kucing Berlari,
Mana Nak Sama The Kucing Belang,
Make Sure Istighfar Setiap Hari,
Just In Case Ajal Menjemput Senang.

_cahaya ketenangan_