@Mampu melakukan kerja lelaki
@Sopan
@Mampu berdikari
@Membuatkan mereka berasa selamat
@Mengambil berat
@Pegangan agama
1.Lelaki penyabar. Perempuan memang teruja apabila bertemu dengan lelaki yang mampu menahan sabar apabila berdepan dengan perempuan yang mempunyai perangai ‘annoying’. Malah, perempuan suka berkomunikasi dengan lelaki yang boleh bertolak ansur secara baik dengannya. Perempuan benci bertengkar dengan lelaki yang sentiasa inginkan kemenangan walaupun ternyata bahawa kesilapan yang terjadi adalah berpunca daripada lelaki tersebut.
2. Perempuan suka lelaki yang romantik. Mungkin ada sesetengah lelaki di luar sana yang kurang mahir untuk menjadi romantik di hadapan kekasihnya namun, sekiranya anda berubah menjadi sedikit romantik demi mengambil hati si dia, anda tidak akan mengalami sebarang kerugian bukan? Tidak salah sekiranya anda mengejutkan si dia dengan menghadiahkan coklat kepadanya atau mengungkapkan kata-kata cinta melalui puisi. Mungkin hubungan cinta anda akan menjadi semakin hangat.
3. Lelaki yang mempunyai masa depan yang cerah atau lelaki yang sudah memikirkan tentang masa depannya sendiri. Perempuan tidak kisah sekiranya anda dari keluarga yang sederhana namun perempuan kisah sekiranya anda tidak mempunyai matlamat hidup yang tetap. Hidup susah pada permulaannya, tidak semestinya akan sentiasa menjadi susah setiap masa sekiranya si lelaki merupakan seorang yang rajin dan mempunyai matlamat hidup. Itu merupakan tanggapan perempuan terhadap lelaki yang tidak berada namun memasang matlamat hidup yang tetap.
4. Lelaki yang mempunyai sikap merendah diri atau dalam erti kata lain ‘LOW PROFILE”. Walaupun lelaki datang dari keluarga berada atau mungkin lelaki memiliki rupa paras yang kacak, namun lelaki tetap berpijak di bumi yang nyata. Malah, perempuan mudah tersentuh dengan lelaki yang memiliki sikap LOW PROFILE ini. Lelaki jenis ini sememangnya mempunyai hati yang mulia kerana tidak pernah menilai pasangannya daripada segi rupa atau kewangan. Lelaki jenis ini hanya inginkan ketulusan dan kejujuran hati si dia sahaja.
@->--
salizah_stitch </3

No comments:
Post a Comment
don't be shy.. :)